Bila Lelaki Taburkan Janjinya Dalam perhubungan, bab tabur janji ni dah jadi perkara biasa. Dan, kaum yang biasa taburkan janji-janji manis adalah lelaki. "Lelaki suka berjanji. Tapi, suka langgar janji dia. Mencik ai ngan laki tau" - Luahan hati kebanyakan perempuan. Janji manis untuk setia, tapi selingkuh juga. Berjanji untuk terima dia seadanya. Tapi, cari jugak spare tire yang lebih perfect. Oh, lelaki. Adakah janjimu memang tak boleh pakai langsung? Daripada pemerhatian aku. Lelaki ni suka tabur janji pun sebab perempuan jugak. Contohnya, kalau ada perselisihan faham, dan cuba untuk berbaik: Fernando Jose: Iya la, Jose salah. Lain kali Jose tak buat lagi. Rosalinda: Ah, Ros tak percaya la. Esok-esok buat jugak lagi kan? Fernando Jose: Tak buat dah. Jose janji. Betul ni. Sungguh. Rosalinda: Yeay, Te amor mi amor. Muah muah. XOXO.!! Sifat perempuan. Perempuan takkan berpuas hati, sampai si lelaki berjanji yang dia takkan lakuk...