Bersyukurlah...ada Hikmah Bila diBenci...
salam,
rasa tension ada..stress ada...selalu aku dipersalahkan..aku dibenci..aku dicemuh..aku di caci...adil ke kehidupan ini untuk aku???kadang2 terfikir mengapa aku berada di sini??mengapa aku dikelilingi insan-insan makhluk allah yang sebegini....aku insan biasa....sampai satu tahap aku terduduk..tidak berdaya menahan cebisan dan lontaran kata..andai itu satu gurauan, perlukah untuk disebarkan.....aku cuba berubah..semakin hari semakin aku rasa tersepit, dihimpit dan juga disepit...apa2 aku berdoa supaya aku diberuikan kekuatan untuk mengharungi cabaran hari ini...dugan demi dugaan memangkin kematangan dalam diri kita...apa yang nak diceritakan kali ini adalah KISAH DIBENCI DAN MEMBENCI....
Benci?? Anda pernah merasa benci?? Atau anda pernah rasa dibenci?? Kenapa mesti benci?? Ada apa dgn benci.. Semua orang ada jawapan masing2.. Tapi sedarkah kita, benci itu sebenarnya bagus pada sudut positif.. Kali nie aku bukan ingin menyentuh pasal perasaan membenci org lain.. Aku hanya ingin cuba berdiskusi tentang "Bersyukurlah bila diri dibenci"..
Aku pernah rasa perasaan dibenci oleh mereka2.. Rasa sedih dan kecil hati hati wujud dalam diri.. Kenapa aku dibenci?? Ada sesuatu yg tidak kena?? Ini yg akan aku cuba utarakan dalam entri kali nie.. Aku bukan mau berkongsi tentang perasaan aku.. Tidak sama sekali.. Sekadar berkongsi kenapa kita mesti bersyukur bila diri dibenci ataupun tidak disukai serta tidak disenangi oleh orang lain.. Bila diri rasa seperti dibenci, seharusnya kita jangan membalas kebencian itu dgn rasa benci.. Lumrah manusia memang begitu.. Kita tarik nafas dalam2.. Selidik hati dan muhasabah diri.. Lihat ke dalam diri.. Bila diri kita dibenci, itu tandanya ada sesuatu yg mungkin tidak kena dgn diri kita.. Secara lazimnya, kita sendiri tidak akan dapat melihat keburukan diri sendiri, dimata org lain keburukan diri kita itu jelas.. Sekali lagi, lumrah manusia mmg begitu..
Kenapa kita mesti bersyukur bila diri dibenci?? Itu akan mengajar kita untuk menilai semula diri sendiri.. Dimana silapnya kita sehingga org lain benci dan tdk senang dgn kita.. Tanya diri.. Itulah hikmah disebalik apabila org lain membenci diri kita, benci yg mereka lontarkan itu menghantuk diri agar kita lebih bertanya kepada diri.. Mungkin ada sikap dan tindak tanduk kita yg tidak berapa elok di mata org lain.. Kalau itu puncanya, perbaiki diri agar menjadi lebih baik.. Jangan gunakan kata ukur "aku adalah aku".. kita menganggap diri kita memang begitu.. mentaliti ini menjadikan kita kadang2 berpegang pada prinsip "aku adalah aku".. Bukan kah kita tahu dan kenal apa itu "hijrah".. Maka kita cuba untuk "berhijrah" menjadi lebih baik.. Semuanya bermula dari diri.. Bagus kan kalau org lain benci dgn kita.. Melalui perasaan mereka itu sudah cukup memberitahu mungkin diri kita ini tidak begitu elok..
Apabila diri dibenci.. Jangan bersusah hati.. Bersyukurlah.. Itu menjadi peringatan kepada kita yg mungkin dihiasi dgn ciri2 kesombongan, takbur serta riak.. Banyakkan muhasabah diri.. Itu akan mengajar kita mengenali diri kita yang sebenarnya.. Itu juga merupakan ujian kecil yang Allah bagi kepada kita.. Sebagai peringatan agar kita sentiasa berubah untuk jadi yang terbaik.. Sekurang2 nya bila diri dibenci oleh org lain.. Itu adalah proses kematangan yg mengajar kita agar lebih menjadi seorang insan yg lebih sabar.. Berterima kasih lah kepada org lain yg membenci diri kita kerana secara tidak langsung ianya mengingatkan kita dari terus lupa kepada pemilik nyawa kita.. Seberapa banyak pun mereka yg membenci kita, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk kita mengadu..
akhir kata ...bersyukur bila dibenci..dan terima kasih kerana membenci..saya sayang orang2 ini....
sape benci ko ni Zul?? memang patut pun ko dibenci.. Hahahaha.. jgn marah, gurau je..
ReplyDeletehahaha....post ni jugak ko nbak baca...xde sesape benci pon...syaitan je benci umat muhammad nie...hehhee.....lama ko x update blog ko??
ReplyDeleteterbaik ..
ReplyDeleteterbaik ..
ReplyDeleteSebolehnya senyum n serahkan kepada Allah....reziki kut bila orang tidak suka kita...
ReplyDelete“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
ReplyDelete