~~ceRitEra~~

Perempuan vS Lelaki..siapa KuaT ceMbuRu???


Perempuan kuat cemburu? Lelaki pun apa kurangnya kan? Kalau tanya perempuan dah tentu la perempuan akan jawablelaki.Bila tanya lelaki, mereka jawab perempuan. Sebenarnya, sama je 2-2. Perasaan cemburu ni bukan kenal jantina,cuma cara kita mengawal & tunjuk je berbeza sebenarnye.
Kenapa perempuan kata LELAKI yg lebih kuat cemburu?


 Dalam sesuatu hubungan ada cemburu yang baik tetapi ada juga cemburu yang tidak baik 
berikut ada beberapa katagori cemburu :
 

 
Cemburu tanda sayang:
 
tidak salah jika ada pepatah yang mengatakan cemburu itu tanda sayang,jadi jika pasangan anda cemburu terhadap anda maksudnya dia takut kehilanga anda dan sangat menyayangi anda. Tetapi ada sebagian pasangan memang sengaja membuat pasangannya cemburu untuk sekedar menguji berapa besar rasa cinta dan sayang pasangan terhadapnya. Bukan sebab dia curang dan tidak menyayangi anda lagi tetapi hal ini memang disengajakan untuk melihat sejauh mana anda menyayanginya.

Cemburu yang sihat :
 
cemburu memang harus ada dalam sesuatu perhubungan. Sangat tidak normal jika dalam perhubungan anda dan pasangan tidak pernah merasakan cemburu dalam hati. Jika anda tidak cemburu, itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda dengan pasangan bererti anda tidak mencintai pasangan anda lagi wuuuu bahaya weh

Cemburu buta (cemburu yang melampau):
 
cemburu jenis ini biasanya membawa keretakan dalam suatu hubungan. oleh itu, hindarilah cemburu jenis macamni. Cemburu jenis ni biasanya muncul sebab sudah tidak ada lagi rasa percaya satu sama lain. Mungkin anda pernah dalam situasi ini atau mungkin rakan anda yang berada dalam situasi ni, pasangan anda selalu berasa curiga pada anda, nak pergi mana² pun mesti dia tanya nak pergi mana,pergi dengan siapa,pukul berapa nak balik dll, senang cakap klu tak ada depan dia keadaan anda akan dikontrol seteliti mungkin. Henfon anda pun akan jadi hal yang penting baginya untuk diperiksa sehingga anda merasa tidak senang dan rasa terkongkong. Jika cemburu jenis ni ada pada pasangan anda sebaiknya anda berpikir banyak kali ingin meneruskan atau memutuskan hubungan anda dengan pasangan sebelum terjadi sesuatu yang tidak diinginkan.(yelaa sakarang ni kan macam² benda bole jadi kan..sampai bunuh membunuh yg takleh tahan tu) Cemburu jenis ini boleh ada pada wanita mahupun lelaki. Banyak keluar disurat khabar pasal pasangan membunuh kekasihnya kerana alasan cemburu, jadi, hindarilah cemburu buta ini. Sekian semoga bermanfaat.





cc to: http://mrsfadzlyana.blogspot.com/

p/s::aku copy ko punye ni mie weh..hehe..cam menarik je...



p/s:: wanita jgn cemburu sgt ...simpan akan datang cikit nnt
...tp sebab sy sayang xksh la nk cemburu ke ape....hehhehee

1- Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap
“Nak berkawan pun salah ke?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik² dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk pastu emosi tak tentu pasal.
2- Yang dah kahwin lain pulak ceritanya. Lagi² kalau isteri tak bekerja, duduk kat rumah jaga anak anak. Bukan main ligat
 lagi si suami keluar lunch dengan kawan kawan ofis, si isteri senyap je. Tapi bila isteri ber-Facebook, komen² blog rakan blogger kat rumah mulalah nak sindir², merajuk, tarik muka. Walaupun tak semua  suami macam ni tapi ada jugak kan?

 
3- Cemburu si GF/isteri dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, biasalah kalau dah sayang kan. Tapi agak² la kan, sampai nak bertegur sapa dengan kawan biasa pun kena marah.ahaa ada jugak lelaki yang jeles dengan kawan² perempuan pasangan dia. Sampaikan GF/isteri selalu calling2 dengan bestfriend nak ajak bergossip pon dia merajuk.  Jangan cakap takde, ada ye! Walaupun tak semua.

 
 
Kenapa lelaki kata PEREMPUAN yg lebih kuat cemburu?
1- Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si Bf  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar.
2- Kawan kelas si BF bagi sms or call nak tanya assaignment pon, si GF kata si BF nak menggatal dengan perempuan lain. (Tapi yang perempuan tu pon, macam dah tak da kawan kelas perempuan yang lain pulak kan? Kan dah emosi)
3- Bila si BF/suami nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa awek lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”.
Kesimpulannya, cemburu ni normal. Cemburu tu tandanya sayang. Kalau tak sayang, suka hati awaklah nak terjun longkang ke parit ke. Sebab dah sayang kena lah jaga molek² kan?

Comments

Popular posts from this blog

~~drama -- TriLoGi CinTA TV1~~

DZ--Pantun Selamat Pagi