LELAKI KACAK --ENTRY KE2
sambungan entry sebelum ini...
- Lelaki kacak, amboi cantik budi pekertinya. Lelaki kacak seperti ini memang menjadi idaman orang perempuan. Bakal mertua pun suko….Tingkah laku yang baik mencerminkan keperibadiannya. Bukan itu sahaja, pertuturannya, perbuatannya, gerak-gerinya akan sentiasa diperhatikan. Anda juga harus bersedia menerima teguran. Sifat ini akan membuatkan orang lain hormat pada anda. Kacak bukan.
- Lelaki kacak, sedar akan tanggungjawabnya. Lelaki kacak katagori ini memang sentiasa ingat tanggungjawabnya. Baik terhadap diri sendiri, ibu bapa, dan keluarganya apabila dia sudah berumahtangga. Ini sangat penting kerana, bila bergelar lelaki kacak bertanggungjawab orang mudah percaya dan secara tidak langsung menjadi contoh kepada lelaki kacak yang lain.
- Lelaki kacak, pandai menguruskan kewangannya. Di sini anda lelaki kacak harus berhati-hati. Anda harus tahu menguruskan kewangan anda. Orang lelaki bila membincangkan soal kewangan, pasti bersikap acuh tak acuh. Maka tak hairanlah kalau hidup mereka akan mewah di awal bulan dan sesak dihujung bulan. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Namun tidak semua lelaki kacak begitu. Oleh ltu, bila naik berbelanja, filkirkan kemampuan dan bukannya kemahuan. seseorang yang kaya itu adalah yang tidak memiliki hutang. Walaupun kita menyimpan sedikit demi sedikit setiap hari, ia adalah lebih baik berbanding menanggung beban hutang yang semakin hari semakin banyak terutamanya jika anda meminjam dari bank. Cari penyelesaian secepat mungkin untuk membebaskan anda daripada dibelenggu hutang. Elaklah berhutang kalau boleh. Kemudian, amalkan tabiat menabung.
- Lelaki kacak, sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan potensi diri. Tidak ada definasi lewat dalam kehidupan manusia. Selagi kita hidup, wajib kita menuntut ilmu. Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara. Anda lelaki kacak juga tidak harus lokek memberi ilmu kepada orang lain. Ramai lagi di luar sana yang mahu jadi lelaki kacak.
Lelaki Kacak Jangan Jadi Riak.
- Lelaki Kacak, jangan dengan mudah jadi riak. Bila anda menjadi lelaki paling kacak, jangan bermegah-megah. Sentiasa merendah diri. Apa yang kita dapat di dunia ini adalah pinjaman. Bila-bila masa sahaja perkara-perkara yang menjadikan kita lelaki kacak ditarik balik.
- Lelaki kacak, jangan guna kekacakan anda untuk menipulasi orang lain. Sebab tarikan aura lelaki kacak ini sangat kuat hinggakan sesiapa yang mengenali anda akan rasa dipengaruhi. Mereka akan cuba untuk menjadikan anda orang yang rapat dengan mereka. Oleh itu janganlah mempergunakan mereka.
- Lelaki kacak, sentiasa melihat kebelakang. Apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.
renung2 kan lah....
Comments
Post a Comment