lelaki nak APA dari pasanganya???




ok entry kali ni pasal lelaki dan pasangan
ala konon2 untuk orang sedang mencari pasangan
lelaki cari wanita
wanita mencari lelaki...


ok berbalik pada tajuk..
bnyak persepsi aku dengar pasal lelaki nie
ada kate lelaki nk mcm2 dr pasangan
padahal bg aku tu pendapat masing kn....
so kadang kene la releven apa yang nak tu ngn pasangan...


tp aku tertarik ngn satu blog ni cerita pasal apa lelaki nak dari pasangan..
kira ni lebey kurang serius jgk la bg aku..
xperlu lebih2--cukur sekadar..
so baca la di bawah petikan dari:  http://glamsz.com/apakah-yang-lelaki-inginkan-dari-pasangan-mereka/


1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan.
Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

****ini aku sokong 100%..kejujuran mmg penting..kalau lelaki je pompuan nk jujur tp that girl???apakah maksudnye bila bersama pasangan masih bermesej orang lain..apakah maknanye makan bersama pasangan tetapi menjawab pangilan lelaki lain smpi hbis waktu makn bergayut....(boleh fikirkan sendiri))

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan.
Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.
**jgn berfikiran buruk dan tidak dijangka mahupun xterjankau pemikiran teman lelaki!!!...lelaki akan berubah pandangan ttg diri anda!!why not kan???


3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki.
Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

**berdikari ni paling aku suka....biar pasangan tu boleh berdiri tanpa terlalu bergantung pada pasangan ttg hal2 remeh.......kadang ini akan membuatkan shiqaq...pergaduhan berpanjangan....

4. Dinamik,Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi.
Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

**matang dalam setiap keputusan dan keadaan!!!jauhkan perkara remeh yang tidak masuk akal mahupun yang boleh menjejaskan persepsi pasangan

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain.
Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya.
Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

Sumber : Majalah Remaja Edisi Mac 2012

***yang lain2 pon aku sokong....nk senang semua la aku sokong....so ni antara yang lelaki nak dari pasangan..tp setiap orang ada persepsi...ada yang nk CANTIK, BERGAYA, KAYA-RAYA, SOFISTIKATED AND WHATEVER..tu semua pilihan sendiri..ok....bye..:)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

~~drama -- TriLoGi CinTA TV1~~

DZ--Pantun Selamat Pagi