DZ-->Lelaki Bertindik wajar atau tidak???


sekadar gambar hiasan!!!
perghhhhh......berbulu mata...meluat anak tekak.....

since aku part time secara separa sah kat pakson pavi nie..mcm2 ragam aku tgok...pelik2....aku bukan la baik sgt kan nk ajar bab2 mcm nie.....tp xdela hilang akal smpai nk bertindik segala.....org tua2 ada kata, putus taraf wali bagi lelaki bertindik...ye atau tidak sesama la buka kitab.....


keje kat pakson ni satu hal jugak...byak sgt kerenah, nk mcm ni nak mcm tu...buang janggut la...daring2 sikit la.....lantak korang la...jnji xkacau hidup aku, x musnahkan agama aku!!!




ni aku ada baca satu entry pasal lelaki bertindik kat blog ni http://reikojezze.blogspot.com/
jom kita tgok apa isinye...hope boleh dijadikan pengajajaran...



Amalan tindik telinga di kalangan wanita Islam adalah tidak dilarang. Menurut kepercayaan, amalan itu telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

Amalan tindik telinga di kalangan lelaki kelihatan begitu berleluasa sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat saya amalan tersebut tidak wajar kerana beberapa sebab:

1. Kebanyakan lelaki yang bertindik telinga hanya dilakukan pada sebelah telinga sahaja. Ia kelihatan anih, tidak melambangkan keperibadian muslim yang mantap dan murni. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang pelik atau menonjolokan imej yang buruk dan jelik seperti mencukur sebahagian rambut di kepala dan membiarkan sebahagian lain tanpa dicukur. Di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya, lalu baginda bersabda maksudnya: "Cukurkan kesemuanya atau tinggalkan kesemuanya." 

2. Perbuatan itu pada asalnya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai haluan hidup yang jelas dan sering dikaitkan dengan maksiat. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meniru orang-orang kafir dan fasiq. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah termasuk dalam golongan tersebut." 

3. Jika bertindik kedua belah telinga maka perbuatan itu dikira menyerupai perempuan. Ini juga dilarang sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyeruapi lelaki. (Riwayat al-bukhari).

Ada yang cakap lelaki yang bertindik ni tak boleh jadi wali, unless dia buang tindik telinga tu. Apa nasibnya kalau dia ada anak gadis then nak kahwinkan anak dia tu. Isk, tak ke susah tu namanya.

Imej diri pun nampak buruk. Lawa sangat ke kalau dah namanya jantan tu bertindik la pulak. Yang hodohnya dan nampak macam orang asli dayak tu, pakai pulak la subang silver berdesign-design. Nak kata bapuk tu tak. tapi konon nak tunjuk otai dan tunjuk gangster la konon. Boleh belah. Bajet orang gerun ke. 




1. apakah hukum lelaki bertindik?
2. betulkah lelaki yang bertindik x boleh mengimamkan solat?
jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga.
Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).
Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).
Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.
2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.
rujukan:
-Majmuk; Nawawi 4/253
-Jamik Ahkam al-Nisaa’; Mustafa Adawi 5/560




ni dari blog---->http://ustazahlina.blogspot.com/2009/03/hukum-lelaki-bertindik.html


HUKUM LELAKI BERTINDIK

Soalan
Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?
Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 
Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah. 

[7:23]

They said: "Our Lord! We have wronged ourselves.If You do not forgive us and have mercy on us, we shall surely be among the lost.'



ni dari blog----->http://pujanggakesepian.rc.my/2012/05/hukum-lelaki-bertindik.html



Soalan

Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?



Jawapan

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Wallahu A'lam.



P/S--lelaki bertindik tue...dz doakan semoga memperolehi hidayah dariNya...aminnnnnn

Comments

  1. mcm mna pulak nasib saya??saya seorang lelaki..sejak lahir ke dunia saya di tindik oleh org tua saya...mcm mna plak klu bukan kemahuan diri saya??

    ReplyDelete
  2. Perempuan tindik 2 belah telinga... Lelaki tindik sebelah jer.. xde nampak macam wanita pun... X menyerupai pun wanita... Xpernah tengok wanita tindik sebelah jer... Macam wanita pakai t shirt laki tp x menyerupai lelaki pun... Boleh ke x tindik sebelah nie?..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DZ---One Step Foward...

Bersyukurlah...ada Hikmah Bila diBenci...