DZ--- PANAS!!! PANAS!!! PANAS!!!


Assalamualaikum

Tajuk Pun panas, hati pun panas, kena ngn cuaca panas!!!
huhuhuhuhu
so sedang2 DZ duk on9 n Blogwalking ni, terbaca la kat satu web...

al-kisahnya cerita tentang cuaca panasa sekarang ni..
kalau panas mesti nk minum kn???haaaah

so meh kite baca apa menariknya artikel tulisan daripada editor ni --->Hui Shan Lim - Monday, May 20, 2013


PULAU TIOMAN---Panas!!minum la air kelapa

TAJUK ARTIKEL--> MINUMAN DI MUSIM PANAS!!

so mari kita BACA!!!

Apakah minuman kegemarana anda untuk menghilangkan rasa haus?





Cuaca yang panas terik ini menyebabkan kita berpeluh dan berasa resah walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin.


Sebelum ini, saya telah berkongi bersama anda satu senarai minuman yang sesuai diminum apabila cuaca panas. Ini adalah senarai yang kedua untuk hilangkan rasa haus.

PERTAMA



Air Kelapa

Air kelapa mempunyai banyak potassium utuk memberi anda tenaga selepas bersenam. Selain itu, ia juga sesuai untuk melegakan rasa haus. Air kelapa adalah pilihan lebih berkhasiat berbanding dengan minuman bergas. Jika anda akan ke Melaka pada hujung minggu ini, anda boleh cuba minuman ‘Coconut Shake’ yang sangat popular di Klebang.

KEDUA



Air Serai

Bukan semua orang tahu apa itu serai atau suka dengan rasanya. Namun, adakah anda tahu yang serai adalah sejenis herba yang boleh menyembuhkan batuk, selsema dan sakit tekak? Jika anda berasa tidak sihat ataupun rasa sakit tekak, cepatlah masak serai dengan air dan minum bersama madu. Pada masa yang sama, anda boleh menikmati minuman ini di restoran Serai yang disaji dengan ais krim.


KETIGA



Jus Umbra/Kedondong

Sesetengah restoran memanggil buah ini sebagai ‘umbra’ dan yang lain kenalinya sebagai ‘kedondong’. Di dalam Bahasa Inggeris pula, buah ini bernama ‘hog plum’. Buah umbra sesuai untuk mereka yang ingin kuruskan badan kerana ia rendah dalam kalori dan tinggi dalam fiber. Selain daripada memakan buah ini dengan kuah rojak, ia boleh dijadikan sebagai minuman yang sedap. Minumlah jus umbra dengan limau atau asam.


KELIMA



Roselle

Buah roselle yang berwarna merah pekat ini sebenarnya datang daripada keluarga yang sama dengan bunga kebangsaan; bunga raya. Anda boleh membeli buah roselle dari pasar pagi atau memesan minumannya di restoran. Rasa buah roselle adalah seperti Ribena, tetapi tanpa gula. Buah roselle dikatakan boleh membuang panas badan dan boleh bantu kurangkan berat badan.


KEENAM



Jus Durian Belanda

Buah durian belanda sedap dimakan dan dipercayai adalah bagus untuk badan manusia. Jus durian belanda melegakan haus dan juga menyembuhkan ulser dan penyakit ginjal. Anda boleh membuat jus durian belanda di rumah daripada membeli di pasar raya kerana jus durian belanda botol mengandungi kandungan gula yang banyak.


***ok tu la al-kisahnya....so mari kita sama2 pergi minum!!!

Comments

Popular posts from this blog

~~drama -- TriLoGi CinTA TV1~~

DZ--Pantun Selamat Pagi