DZ----Befesyen Mengikut Personaliti

assalamualaikum..

by the way, pagi2 ni dz nk share something la kat rakan2 n wanita kat luar sana...
artikel ni dz ambil dah satu laman wen n penulisnya adalah saudara Shukri Shaharudin  

ni link artikelnye k...  ( http://my.entertainment.yahoo.com/news/berfesyen-mengikut-personaliti-diri-031930418.html )

so tajuk artike macam yag dah ditulis diatas tue...so mai kite baca reramai k...

Fesyen tidak hanya apa yang disarungkan ke tubuh, mahupun gaya personaliti yang ingin ditampilkan. Fesyen juga bukanlah semata-mata tertumpu kepada label mewah yang hanya dimiliki sesetengah golongan masyarakat dan tentunya fesyen adalah satu benda yang universal. 

Tahukah anda bahawa fesyen boleh menggambarkan personaliti individu? adakah anda tahu fesyen yang anda minati yang dapat dipadankan dengan personaliti anda? 

Jika anda kurang pasti, di sini kami ingin berkongsi sedikit tips yang boleh anda gunakan untuk memilih fesyen manakah yang sesuai untuk dipadankan dengan diri anda: 

Glamor Mereka yang memiliki personaliti ini lebih cenderung memperagakan pakaian yang berkonsepkan berani dan menonjol seperti dres labuh, blous yang mempunyai potongan badan dengan warna cerah seperti merah, atau putih. Tujuan pemakaian begini adalah untuk kelihatan menarik perhatian mereka yang melihat. Namun haruslah diingat selagi mana ia tidak melanggar adab dan tatasusila seperti jika pakaian begitu terlalu seksi anda bolehlah memadankan dengan selendang "kardigan" atau pun jaket. Dengan gabungan jaket atau "kardigan" anda akan pasti lebih memukau dan pastinya tampak sopan. 

Pemalu Kepada mereka yang pemalu, sudah pasti anda tidak meminati untuk bergaya lincah dan ranggi kerana ia akan kelihatan berat dan tidak sesuai trend fesyen terkini. Anda pasti lebih gemar jika memakai sesuatu yang ala kadar dan sederhana kerana tidak mahu berlebihan dan terlalu menonjol. Kebiasaannya warna kegemaran pastinya coklat atau hitam kerana itu adalah warna yang selamat dan tidak terlalu terang. Sekali sekala gunalah warna yang lembut seperti biru muda atau merah jambu. Walaupun nampak sopan tetapi anda masih bergaya malah akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. 

Keibuan Personaliti bergini biasanya lebih gemar bergaya ringkas dengan mengenakan baju kurung, jubah atau pun gaya yang agak matang daripada usianya. anda lebih gemar dan selesa bergaya begitu. Tidak salah memilih baju kurung sebagai baju rasmi tetapi ikut kesesuaian majlis dan usia. Pilihlah kain daripada fabrik yang lembut dan bunga yang halus untuk menunjukkan ciri keremajaan anda. Jika memakai tudung, pastikan cara memakainya lebih terkini dan menutup aurat. 

Eksklusif Kepada personaliti yang ekslusif ini anda pastinya lebih berminat menyarungkan pakaian yang berjenama walaupun pakaian tersebut harganya mahal. Asasnya yang paling utama anda haruslah puas hati dan berasa seronok dengan penampilan itu. Tetapi jangan terlalu urban hingga menyesakkan mata yang melihat. Anda boleh meniru fesyen terkini tetapi ikut pada kesesuaian. 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda memilih fesyen yang sesuai dengan personaliti anda. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

~~drama -- TriLoGi CinTA TV1~~

DZ--Pantun Selamat Pagi