DZ--Coretan 2013 Part 1
Assalamualaikum
ok kali ni nk story pasal what happening in 2013
banyak kisah suka dan duka berlaku pada tahun ni
ok la first tentang pengajian dz di upm...
Finally dz graduate di UPM..
and i'm now is degree holder in education
ini impian masa zaman sekolah rendah
cita2 hampir menjadi kenyataan
mungkin sedikit ralat sbb lewat tidak seperti rakan2 yang lain yang sudah
menjadi pendidik di sekolah mahupun IPT
tetapi percaturan Allah adalah yang terbaik untuk makkhluknya
Alhamdulillah..
UPM 2009/2013 |
PJB 2015/2008 |
Ok yang seterusnya tentang pengalaman pertama dz di sekolah
bila dah tau nama sek, perasaan bercampur baur
terfikir akan penerimaan pelajar, guru, pentadbiran staff dan sebagainya
tapi, segalanya berjalan lancar dan dz bersyukur selama 3 bulan tiada apa yang negative berlaku
cuma pengalaman hari pertama ke sekolah dz hampir accident...seb baik xde pape..
student semua ok, baik, rakan gur yang friendly serta pentadbiran yang sangat bagus n mesra
terima kasih guru pembimbing terutamanya Cg Ramadhawaty,
juga guru2 bilik ert yang banyak membantu, CGg Julie Yogetta, Cg Ahzaitulshima, Cg Faidah Cg Rohaizad,
Cg Arshad, Cg Mohat, dan semua2 cg SMK Seri Pagi..
semuanya akan dz kenang sampai bila2
Seterusnya Dz nk share story tentang hari bahagia
tapi bukan hari perkahwinan bagai yek...hahhaha
Tanggal 4/5/2013--dz akhirnya Bertunang dengan pilihan hati dz..rasanya kebnyakkan dh tau
betol ckp orang, sambil menyelam minum air :)
walaupun masa membataskn segalanya, bak kata pepatah kalau dh jodoh tidak kemana jua.
dz berharap, rakan2 diluar sana mendoakan yang terbaik untuk kami berdua
semoga kami kekal ke jinjang pelamin..
In Sha Allah, semua masih dalam perancangan,
lambat atau cepat itu kuasa dari Nya, kita hanya mampu merencanakan sebuah cerita
dan mengharapkan pengakhiran yang terbaik untuk semua pihak
***sastera pulak :)
Caption xleh blakan...hahaha |
Just Simple x yah nk Che Ta sgt la...hehhehe |
Ok next, seperti sedia maklum, pengajian Dz dah tamat
so bermula la alam kerjaya dz,
dengan berpegang dengan pengalaman dan pembelajaran dz semasa diploma n degree
dz cuba untuk merangkak mencari tempat
dalam perniagaan,
semua nya berkait dengan jahitan..
disini dz berharap, orang diluar sana tidak memandang enteng bila lelaki berkelana dlam bidang ini
dz semakin hari semakin lali dengan pandangan2 sebegini
syukur masih ada kawan, keluarga, tunang dan insan terdekat masih menyokong.
Add caption |
Akad Nikah attire |
Now, tukar mood sikit....
paling sedih, dz kehilangan pak sedara yang terdekat, n boleh dikatakan rapat jg
dan juga selalu sembang ngn dz berbanding adik beradik lain, serta selalu bantu dz time nak masuk Poly, nak masuk Upm n kadang2 kala time balik kg, time raya..
sedikit ralat apa bila dz x sempat nk mencurahkan bakti sbb beliau tidak mempunyai anak...
walau apa pun dz akan sentiasa igt kat pak sedara
Semoga ALLah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman
Alfatihah Untuk Arwah
***************************
OK la...Cukup dulu Part 1 pasni dz nk share aktiviti sepanjang 2013 yang mana dz masih igt la....
Comments
Post a Comment